Mesyuarat Jom Berambeh Tebelu Bersama JKK Kampung

8 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 07 March 2020, telah diadakan Mesyuarat Jom Berambeh Tebelu bersama JKK Kampung Tebelu. Mesyuarat ini telah berlangsung dari jam 9:00 malam sehingga 10:00 malam yang dihadiri seramai 15 orang AJK-AJK Kampung. Sebelum memulakan mesyuarat penyampaian KDB juga telah dilakukan kepada ahli mesyuarat yang hadir.

Tujuan mesyuarat ini adalah bagi melantik AJK-AJK untuk aktiviti-aktiviti sepanjang program nanti. Program ini akan berlangsung pada pada tarikh 10,11 sehingga 12 April 2020. Pihak PI Tebelu telah diberi tugasan dalam membuat promosi bagi program tersebut. Diharap Program Jom Berambeh Tebelu ini nanti mendapat sambutan ramai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali